Segala yang dihasratBenarkah ini? Adakah sesuatu yang diidami tetapi tidak mungkin diperolehi dapat memberi kebahagiaan kepada seseorang?
Tapi tak dapat
Adalah nikmat
yang paling padat.
- A. Samad Said.
Pada permukaannya fikiran ini langsung tidak masuk akal. Kan sepatutnya kita berasa resah? Kan keinginan yang tidak tercapai akan meresap dalam sanubari kita dan meracuni emosi kita? Kan kita semua diajar sejak kecil lagi bahawa tiada benda yang tidak dapat didapati, bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan, bahawa kegagalan untuk mengambil apa yang kita inginkan merupakan salah sendiri?
Namun makin lama aku merenungi puisi ini, maka makin ku rasa ku dapat menghayati isinya. Aku memerhati sekelilingku. Ku lihat segala yang dihasrat olehku.
Mungkin nikmat itu merupakan suatu perasaan yang lebih mendalam. Mungkin wujudnya suatu kegembiraan dalam memahami bahawa ada benda dalam dunia ini yang kita tidak berupaya untuk mengawal. Mungkin wujudnya sejenis kepuasan dalam menatapi seseorang atau sesuatu dan tidak menyentuh atau mengalaminya, bagaikan merenung ke langit dan menikmati bintang-bintang dari beribu-ribu batu.
Apa yang dingini dan dilihat dari jauh dapat mengekalkan kejelitaannya, keindahannya, kesempurnaannya. Selama ia kekal sebagai teori, dalam minda ia menjadi segala yang murni.
Keupayaan untuk berpura-pura bahawa sesuatu itu adalah sempurna, untuk percaya dunia ini mempunyai sesuatu yang suci dan tidak dicemari, untuk merendam diri dalam satu pelarian dari realiti, mungkin inilah merupakan nikmat yang paling padat.
No comments:
Post a Comment